Monday 5 May 2014

selamat datang adik adik lower 6

Assalamualaikum. 

Setelah sekian lama tak bukak blog hari nie barulah nak bukak kan . Dah setahun dah tu . Eh, semalam kan budak budak lower six daftar masuk ? So, amacam best tak sekolah baru? best tak kawan baru ? best tak nak study pasal subjek baru ? mestilah best kannnnnn . aku pernah merasainya. haha




welcome back to school guys 

Mesti korang semua ada cabaran kan bila nak masuk form six nie . Sebab ada je mulut yang banyak mengata .

''alaa. masuk form6 tu sebab tak dapat universiti lah tu .
nak buat apa masuk form6 bosan kena duduk dekat sekolah, kena pakai baju sekolah boring boring
tak nak aku duduk kat sekolah nanti kena ikut peraturan , kena baratur lagi. dah lah susah tak nak aku '' 

Eh, buang sikit sifat negatif kau tu boleh  tak ? So kepada mereka yang bercakap sedemikian berkianlah sahaja mulutnya terus berbicara begitu . Pedulikan kata kata mereka ok ? Susah senang bukan dorang tolong pon ! kan ? 

So , sesapa yang dah buat keputusan nak masuk form6 sediakanlah persiapan dari segi mental dan fizikal . Walaupun kadang-kadang tu stress korang kena redah jugak. Kalau dekat U pun macam gitu jugak asssignment banyak . Jadi inilah cabarannya .. Form6 nie lebih kurang je macam matrik cuma tak ramai yang nak masuk form6 sebab susah katanya . Dalam dunia nie tak ada yang senang ok . Tak lama pun dalam setahun setengah korang dah habis . Then korang boleh pegang degree. Tapi ingat pointer tu kena jaga jugak setiap sem . Barulah kejayaan akan menjadi milik anda. haaaa gituuuuu ! 

ok, selamat maju jaya 



with love,
raihanah mokhtar